Khamis, 12 Mac 2009

Diet Berasas Blood Group Anda

MENGAPA GOLONGAN DARAH PENTING DALAM DIET ?

Anda adalah individu biologi.

Apakah anda tahu bahwa blood group anda dapat meningkatkan kualiti kesihatan anda ? Pernahkah anda bertanya mengapa sebahagian orang mudah dijangkiti penyakit sedangkan orang lain tidak mudah terkena jangkitan ? Mengapa sebahagian orang mudah menurunkan berat badan dengan mengikuti diet tertentu sedangkan orang lain gagal ? Mengapa sebahagian orang lebih cepat tua dan menunjukkan tanda-tanda kerosakan dini sedangkan orang lain penuh stamina sampai umur tua ?

Kita semua berbeza. Banyak perbezaan biokimia yang membuat anda menjadi satu individu yang dapat dikaitkan dengan blood group.

Blood group anda mempengaruhi setiap proses fisiologi anda pada tingkat sel. Hubungannya sangat besar dengan cara pemakanan anda, kebolehan anda mengatasi stress, keadaan mental anda, efisiensi proses metabolisme anda serta kekuatan sistem imun anda.

Anda dapat meningkatkan kualiti kesihatan fisik dan mental anda dengan mengenali blood group anda dengan memasukkan diet spesial bagi blood group anda serta strategi gaya hidup anda dalam pelan kesihatan anda.

Jadilah individu biologi seperti sedia ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan